Sunday, August 22, 2010

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah St Mary merupakan sebuah sekolah yang tertua di Sarawak dan tahun ini genaplah ia berusia 162 tahun. Ia didirikan oleh Mubaligh Kristian Anglikan dari England dengan bantuan daripada Rajah James Brooke pada tahun 1840an. Daripada usaha mereka ini, lahirlah sekolah St. Mary dan St. Thomas yang masih tersergam di Negeri Sarawak sehingga kini.

Setelah bangunan sekolah St. Thomas siap dibina pada 1887, bangunan lama dibaikpulih menjadi Sekolah Mubaligh Perempuan iaitu Sekolah St. Mary.

Pada tahun 1952, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah dipisahkan menjadi SMK St. Mary dan SK ST Mary.

Dari awal lagi Sk St Mary telah mencapai prestasi yang baik dan boleh dibanggakan dalam bidang akademik dan kokurikulum. SK. St Mary telah dapat memberi pendidikan yang seimbang bagi membentuk Sahsiah dan perwatakan yang baik dan mulia.